JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Undang-Undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Kewajarannya

Berdasarkan Faktor Sejarah Perundangan Tanah Melayu

 

Haji Hairuddin Megat Latif*

Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

 

*Corresponding author; email: hairuddin@uum.edu.my

 

ABSTRAK

Kehadiran Islam di Tanah Melayu bukan satu peristiwa yang mengambil masa yang pendek dan singkat. Ia adalah satu rekod sejarah yang amat panjang yang hampir mengambil masa kira-kira enam ratus tahun. Penerimaan orang Melayu terhadap Islam dizahirkan dengan mereka menjadikan undang-undang Islam sebagai Undang-undang negeri seperti mana Melaka sebelum diceroboh oleh Portugis, Negeri Perak, Negeri Pahang, Negeri Johor dan Negeri Kedah sebelum dijajah oleh penjajah Inggeris. Kita sudah mendengar berulangkali tentang wujudnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Negeri Perak, Undang-undang Dua Belas Perak, Undang-undang Pahang, Al-Ahkam Alahdaliyyat dan Tembera Datuk Paduka Tuan. Semua undang-undang ini berdasarkan hukum syara’ beserta adat Melayu. Artikel ini menunjukkan kita mesti menolak hujah Hooker yang mengatakan “Undang-undang yang terpakai pada orang Islam ialah ‘undang-undang diri’ iaitu dipakai atas dasar kepatuhan pada agama dan dalam hal-hal yang mempunyai aspek keagamaan.” Artikel ini juga membuktikan keputusan Suruhanjaya Reid memberi tempat dan status khusus kepada Islam adalah wajar dan tepat. Malahan penulis berpendapat Suruhanjaya Reid sepatutnya memasukkan satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi di Persekutuan dan semua undang-undang yang berlawanan dengannya adalah terbatal.

Katakunci: Hukum Kanun, penjajahan Inggeris, Suruhanjaya Reid, Perlembagaan Persekutuan

 

Islamic Law in Malaysian Constitution: Its Appropriateness Based on

Historical Factor of Tanah Melayu Legislation

 

ABSTRACT

The presence of Islam in Tanah Melayu was not an event that striked in a short and brief period. It represented a very long historical record that took almost six hundred years. The acceptance of Islam among the Malays was realized by the adoption of Islamic legislation as the state legislation such as that of Melaka before its destruction by the Portuguese, State of Perak, State of Pahang, State of Johor, and State of Kedah prior to the British colonization. We might have often heard of the existence of Code of Law in Malacca, Law 99 of the State of Perak, Law 12 of the State of Perak, Law of Pahang, Al-Ahkam Alahdaliyyat and Tembera Datuk Paduka Tuan. All of these laws were based on syara’ law and Malay traditions. This article showed that we must oppose Hooke’s argument that said “laws used by the Muslims was a”self-law”, that is, the law that was used on the basis of obedience to religion and matters that have religious aspects.” This article also proved that the decision of Reid Commission that provided special place and status to the Muslims were appropriate and accurate. In fact, the author is of the opinion that the Reid Commission should have included another clause in the Federal Constitution which pronounced Islamic Law as the highest law in the Federal Constitution and that all other laws which contradicted with the Islamic law are considered as null and void.

Keywords: Code of Law, British colonization, Reid Commission, Federal Constitution