JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri Sabah dan Sarawak

 

Fauzi Bin Hussin*

Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia 

Ku’Adzam Tuan Lonik

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

 

*Corresponding author; email: fauzi@uum.edu.my

 

ABSTRAK

 

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan jangka panjang bagi pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan domestik (DI), serta perbelanjaan kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Prosedur ko-integrasi ujian sempadan atau autoregrasi lat tertabur (ARDL) digunakan untuk menentukan kewujudan hubungan jangka panjang antara pembolehubah kajian. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan jangka panjang yang sah antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Anggaran koefisien jangka panjang menunjukkan hanya pembolehubah perbelanjaan pembangunan kerajaan sahaja mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya, FDI dan DI pula menunjukkan hubungan positif tetapi tak signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan Sarawak. 

Katakunci: pertumbuhan ekonomi, pelaburan domestik, pelaburan langsung asing, kointegrasi

 

The Impact of Investment and Government Expenditure on Economic Growth: Case Study of Sabah and Sarawak

 

ABSTRACT

 

This study aims at identifying the long-run relationship between foreign direct investment (FDI), domestic investment (DI), and government expenditure towards the economic growth of Sabah and Sarawak. Cointegression unit border test or auto regresssion dispersed lag (ARDL) was used to ensure the existence of a long-run relationship between the various variables. The study findings showed a clear long-run relationship between the independent and the dependent variables. The estimated long-run coefficient showed that only the government development expenditure variable has a positive and significant relationship towards economic growth. Conversely,FDI and DI showed positive but not significant relationship towards the economic growth of Sabah and Sarawak. 

Keywords: economic growth, domestic investment, foreign direct investment, cointegration