JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Islam Hadhari: Suatu Kesinambungan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

selepas Era Tun Dr. Mahathir Mohamad

 

Ahmad Atory Hussain*

Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

 

*Corresponding author; email: ahmadatoryhussain@yahoo.com

 

ABSTRAK

Islam Hadhari diperkenalkan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ia dikatakan sebagai satu konsep lama dan telah diperkenalkan semula ditengah-tengah keadaan globalisasi semasa dan kepentingan nasional Masyarakat Melayu dan kepimpinan serta juga masyarakat Malaysia amnya. Islam Hadhari bertujuan untuk mentafsirkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar, dan keperluan kepada lebih pendekatan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini akan mengupas Islam Hadhari sebagai satu kesinambungan polisi Islam yang telah diterapkan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di antara perkara–perkara utama yang ditumpukan di dalam artikel ini ialah kemunculan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang aktor penting membawa ke tengah polisi tersebut ke dalam suatu pendekatan moden yang lebih kontemporari terhadap Islam Hadhari tersebut, faktor-faktor yang menyumbang kepada penerapan/ perlakasanaan konsep Islam Hadhari, objektif-objektif konsep tersebut, dan seterusnya cabaran-cabaran yang akan terbentang di masa hadapan dalam membuatkan polisi tersebut difahami dengan berkesan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Katakunci: Islam Hadhari, ajaran Islam, pendekatan Islam, penerapan konsep

 

Islam Hadhari: A Continuation of the Adoption of Islamic Values after Tun

Dr. Mahathir’s Era

 

ABSTRACT

Islam Hadhari was introduced by YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi after he was elected as the Prime Minister of Malaysia. It was claimed as an old concept and reintroduced in the midst of current globalization and national interest of Malay community and leadership as well as the Malaysian society in general. Islam Hadhari aims at interpreting the actual Islamic teachings, and an approach required for applying the Islamic teachings in their daily lives. This article will analyze Islam Hadhari as a continuation of Islamic policies being adopted by Tun Dr. Mahathir Mohamad’s administration. Among the main items focused in this article are the emergence of Abdullah Ahmad Badawi’s leadership as the prime actor that brings about the policy as a modern contemporary approach towards Islam Hadhari, factors that contribute to the adoption/implementation of Islam Hadhari concept, the objectives of the concept, and the future challenges in decision making to be effectively understood among the various ethnic groups in Malaysia.

Keywords: Islam Hadhari, Islamic teaching, Islamic approach, concept adoption