JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Pentadbiran Awam dan Proses-proses Pengurusan: Satu Kerangka

Konseptual

 

Saadon Awang*

Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia

*Corresponding author; email: saadon@uum.edu.my

 

ABSTRAK

Bagi sesetengah orang, bidang pentadbiran dan bidang pengurusan merupakan satu bidang yang sama walaupun pada hakikatnya konsep kedua-dua bidang itu adalah berbeza. Kekeliruan ini sebenarnya lahir ekoran daripada kekaburan tentang konsep sebenar bidang-bidang berkenaan.  Keadaan ini menyebabkan di dalam beberapa keadaan tertentu, perkataan-perkataan ‘pentadbiran’ dan ‘pengurusan’ telah digunakan secara bersilih ganti (interchangeably).  Kertas ini cuba menjelaskan dari segi konseptual asal usul bidang-bidang berkenaan supaya dapat menghuraikan kekaburan yang timbul, dan memberi pemahaman tentang kedudukan dan hubungan di antara kedua-dua bidang tersebut.   Dengan mengambil konteks pentadbiran awam sebagai subjek kajian, kertas ini mengutarakan satu kerangka konseptual untuk menjelaskan secara operasional konsep-konsep pentadbiran dan pengurusan itu.

Katakunci: pentadbiran, pengurusan, konseptual, kekaburan, operasional

 

Public Administration and Management Processes: A Conceptual Framework

 

ABSTRACT

To some people, the scopes of administration and management are similar although in actual fact both concepts are actually different. This confusion emerges from the vagueness of the true meanings of both concepts. This leads to the situation where, in some particular cases, the terms administration and management have been used interchangeably.  This paper attempts to clarify from the point of view of the original concept of both scopes so as to explain the confusion and offer an understanding of the situation and their relationships. By referring to the public administration as a subject of study, this paper proposes a conceptual framework to operationally explain the concepts of administration and management.

Keywords: administration, management, confusion, conceptual, operational