JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Kepekaan Majikan terhadap Hak dan Tanggungjawab Mereka ke atas Pembantu Rumah Asing

 

Asmah Laili Hj Yeon*

Khadijah Mohamed

Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

 

*Corresponding author; email: asmah485@uum.edu.my

 

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap kepekaan majikan terhadap kebajikan dan hak pembantu rumah asing (PRA) yangdiambil bekerja. Kajian ini melibatkan seramai 72 orang majikan   (staf kumpulan pengurusan dan profesional) dari 3 universiti awam (IPTA) iaituUUM, KUKUM dan UiTM Arau. Analisis faktor dan korelasidijalankan bagi mendapatkan dimensi kepekaan majikan denganprofil majikan dan PRA. Hasil analisis faktor telah mengenalpasti 13 dimensi yang berhubung dengan kepekaan majikan, iaitu (1) hakasasi dan hak kemanusiaan PRA, (2) urusan pengambilan PRA diJabatan Imigresen, (3) pemberian gaji mengikut kehendak majikan, (4) hak kewangan dan pemberian faedah kerja PRA, (5) hak PRA   untuk berpersatuan, (6) tanggungan liabiliti jenayah dan sivil PRA, (7) penyimpanan dokumen penting PRA, (8) hak PRA untukmendapatkan perlindungan daripada kedutaan, (9) tanggungjawabterhadap kontrak perkhidmatan, (10) pembaharuan permit kerja dan pemeriksaan kesihatan PRA, (11) penggunaan budibicara, (12) cuti dan latihan PRA, dan (13) hak beribadah PRA. Hasil analisiskorelasi menunjukkan majikan yang mempunyai pendapatan rendahdan pendapatan tinggi cenderung menggunakan budibicara danterdapat perbezaan dari segi dimensi kepekaan majikan mengikutjantina, tempoh kontrak, umur PRA dan pengalaman kerja PRA.Antara cadangan yang dibincangkan ialah apabila berlaku konflik penggunaan budi bicara dan peruntukan undang-undang, maka majikan hendaklah mengikut peruntukan undang-undang. Penggunaan kuasa budibicara hanya dilaksanakan dalam kes tertentu sahaja seperti menangani masalah yang berkaitan dengan peri kemanusiaan dan urusan peribadi PRA yang memerlukan pertimbangan majikan.

Katakunci: liabiliti jenayah, kebajikan, hak asasi, hak kemanusiaan, penggunaan budibicara

 

Employers’ Awareness Towards Their Rights and Responsibilities on Foreign Domestic Workers

 

ABSTRACT

This article attempts to identify the level of awareness among the employers towards the welfare and rights of foreign domestic workers (FDW) being employed. This survey involves 72 employers (management and professional staffs) of 3 public universities (IPTA) i.e UUM, KUKUM and UiTM at Arau. Factor analyses and correlations were used to identify the dimensions of employers’ awareness within their profiles and FDW. Results of analyses identified 13 dimensions relating to employers’ awareness, namely, (1) basic and human rights, (2) recruitment process of FDW at Immigration Department, (3) salaries offered based on employers’ wants, (4) monetary rights and work benefits to FDW, (5) FDW’s rights to union, (6) crime and civil liability of FDW, (7) filing of important documents belonging to FDW, (8) FDW’s rights to protection from embassy, (9) responsibility towards contract, (10) renewal of work permit and medical check-up,(11) discretionary power,(12) leave and training of FDW, and (13) religious rights of FDW. The findings of correlation analysis show that employers with low and high incomes were inclined to use discretionary power and there were significant differences in terms of the level of awareness based on gender, contract period, age of FDW, and FDW’s work experience. Among the recommendations discussed are such that if conflicts arise from the use of discretionary power and legal provision hence, employers should therefore resort to legal provision. The use of discretionary power is only confined to selected cases involving problem solving related to human rights and FDW’s personal needs requiring employers’ consideration.

Keywords: crime liability, welfare, basic rights, human rights, discretionary power