JGD's Logo

logojgd.png

JGD's Printing Cover

JGD Cover Printing.png

Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia

 

Mansor Mohd Noor*

Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

 

*Corresponding author; email: mansormohdnoor@yahoo.com

 

ABSTRAK

Perbahasan tentang Tuhan dan agama terbuka luas untuk dimanipulasi dan diselewengkan oleh manusia hingga boleh membawa kepada kesengsaraan, kezaliman, penindasan dan kehancuran hidup manusia itu sendiri.   Kajian telah menunjukkan rakyat Malaysia mungkin berbeza dari segi etnik, budaya dan agama tetapi perbezaan ini tidak primordial atau asas dan mereka diikat oleh ikatan kewarganegaraan dan berkongsi pendapat awam yang sama.   Namun,   di sebalik kejayaan mengurus masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama ini hingga lahir kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini tidak boleh diambil sambil lewa kerana struktur politik kita mempunyai kontradiksi yang tersendiri. Penulis berpendapat kita perlu memahami makna, ciri-ciri, rasional dan pendorong yang ada tentang kenapa kelompok agama bertindak secara ekstremisme perlu diperbahas dan diperjelaskan. Kegagalan memahami imaginasi agama yang mudah terbuka kepada manipulasi manusia berkepentingan hingga berlaku ektremisme dan keganasan telah menyebabkan masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik. Penulis berpendapat kita mesti memperkasa individu bukan sahaja dengan wacana wahyu tetapi juga dengan kerangka pemikiran saintifik untuk memahami agama agar kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat dapat dijamin dan bukan menjadi tukang pak turut orang lain. Pengajian agama mesti disepadukan dengan ilmu sains sosial dan sosiologi agama.

Katakunci: wacana wahyu, kesejahteraan masyarakat, manipulasi manusia berkepentingan, sosiologi agama

 

Understanding and Managing Religious Extremism in Malaysia

 

ABSTRACT

Discourses on god and religion are opened to manipulation and deviant act by man resulting in misery, tyranny, exploitation and the destruction to his own very life. Studies show that Malaysians may differ from one another by ethnic, culture, and religion but these differences are not primordial or primary in nature and they are bonded together as citizens and have a value concensus on public opinions. Despite this success story in managing a multi-ethnic, culture and religion that produces prosperity and societal well-being in the country, one should be at ease as Malaysian political structure is contradictory in nature. The author believes that we need to understand the meanings, their characteristics, the rasionality and the prevailing motivation as to why religious groups’ act in extremism should be further discussed and explained. The failure to understand this religious imagination which is easily opened to self-centered human manipulation that could lead to the acts of extremism and violence has caused this problem not to be addressed effectively. The author believes that we should empower the individual not only with revealed knowledge but also with a framework of scientific thought in order to understand religion so that prosperity, societal well-being and peace can be guaranteed; and not just a blind follower of others. Religious study thus has to be integrated with social sciences and, especially, the sociology of religion.

Keywords: revealed knowledge, societal well-being, self-centered human manipulation, sociology of religion